BAHAN UNTUK GPM

CONTOH FAIL MEJA

CONTOH FAIL KUASA


(Paparan terbaik adalah dengan menggunakan google chrome)

JAWANKUASA PSS


AHLI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH 


KETUA BIDANG / KETUA PANITIA

* PERPUSTAKAAN
* BAHAN BANTU MENGAJAR
* KO KURIKULUM
* BANK SOALAN
* KOMPUTER
* PERKEMBANGAN STAF
* KURIKULUM 
* NILAM

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
  1. 1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
  1. 2. Menentukan sumber kewangan PSS.
  1. 3. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
  1. 4. Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
  1. 5. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
  1. 6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
  1. 7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.



SENARAI TUGAS SETIAUSAHA / GURU PERPUSTAKAAN MEDIA 
  1. 1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu
  2. 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah
  3. 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber sekolah
  4. 4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif , seimbang dan kems kini
  5. 5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 
  6. 6. Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu 
  7. 7. Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah .
  8. 8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah 
  9. 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif
  10. 10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber sekolah 
  11. 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah
  12. 12. menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja pusat sumber sekolah
  13. 13. Memantau dan mengawal selian pelaksanaan program pusat sumber sekolah
  14. 14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
  15. 15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
  16. 16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah
  17. 17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah
  18. 18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN 
  19. 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa. 




SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN
  1. Membantu GPM / Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
  2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan 
  3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
  4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
  5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
  6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
  7. Menubuhkan J/Kuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
  8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
  9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
  10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
  11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
  12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
  13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
  14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
  15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun




SENARAI TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA 


  1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar
  2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
  3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
  4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
  5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.






AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH 



PENASIHAT
Pengetua / Guru Besar 


PENGERUSI 
PK / GPK 1 


SETIAUSAHA
Guru Perpustakaan Media /
Penyelaras PSS


AHLI JAWATANKUASA


    












SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH

  1. 1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.

  1. 2. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.

  1. 3. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.

  1. 4. Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.

  1. 5. Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.

  1. 6. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.

  1. 7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.

  1. 8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.



SENARAI TUGAS GURU MEDIA PENDIDIKAN 


  1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS
  2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
  3. Menyedia dan menyesuaikan  Jadual Waktu TVP dan lain-lain media Teknologi
  4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan
  5. Membuat  penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
  6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
  7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
  8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
  9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
  10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
  11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
  12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
  13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua



SENARAI TUGAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN


URUSAN AWAM

  1. Mengawal perpustakaan semasa dibuka
  2. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
  3. Menjaga kebersihan perpustakaan

PINJAMAN

  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
  2. Menyemak buku-buku yang dipulangkan
  3. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum memulangkan buku
  4. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman

PEMBELIAN

  1. Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli

MEMPROSESKAN BUKU-BUKU

  1. Menyediakan senarai rak
  2. Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
  3. Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
  4. Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan memproses buku, majalah dan sebagainya

MEMPERBAIKI BUKU

  1. membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
  2. menjilid majalah dan lain-lain yang perlu

BAHAN-BAHAN YANG BUKAN BERBENTUK BUKU

  1. Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar, guntingan akhbar dan sebagainya
MENAIP

  1. Pengautomasian PSS
  2. Menaip kad-kad Katalog bagi setiap buku, senarai buku dan sebagainya

REKOD

  1. Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
  2. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok
  3. Menyusun Kad-kad Katalog

SERANTA

  1. Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya

LAIN-LAIN TUGAS

  1. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
  2. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012